Sunday 23 November 2008

Berakhirnya dengan senyuman

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia



Assalamualaikum salam aku berikan bagi memulakan bicara yang tidak seberapa ini,bukan untuk menunjukkan kehebatan ku mengarang tetapi adalah sekadar untuk menunjukkan bahawa teramat burukla karangan aku ini..he.he.he.terlalu sukar untuk ku menghasilkan sebuah cerita,puas ku duduk kemudian bangun dan duduk kembali akhirnya ini la yang terjadi..

Aku ingin memaparkan satu kisah yang dimana menjadikan aku berfikir sendirian mengenangkan nasib yang berlaku kepada kita sebagai umat islam pada hari ini,adakah kita tersedar ataupun tidak di manakah posisi kita selaku umat islam pada hari ini..jawapannya terletak pada kalian tepuk dada tanye lah selera masing-masing.

kisah ini berlaku ketika mana aku berkunjung ke rumah seorang sahabat yang berasal dari negara jiran yang bersempadan dengan Kelantan dan Perlis iaitu Thailand.sebut sahaja Thailand terbayangla di benak kita bahawa negara tersebut di diami oleh manusai yang berbangsa siam,tapi perkataan itu haram sama sekali di sebut oleh warganegara Thailand yang tinggal di selatan negara itu yang dikenali dengan nama Yala,Narathiwat dan seangkatan degannya..

ini adalah kerana mereka tidak diperlakukan sepertimana seorang warganegara adalah kerana mereka berlainan agama dengan pemerintah,mereka dizalimi,ditindas,disembelih,ditembak tanpa mengira usia,jantina dan keturunan.mereka diperlakukan seperti binatang malas lebih teruk daripada itu.

terdetik hatiku untuk menyanyakan keadaan umat islam di wilayah itu kepada salah seorang yang ku kenali sebagai Fuad,dari raut wajahnya kelihatan seolah-olah terpancar satu kesedihan dan dendam terpancar di wajahnya,seterusnya dia menceritakan satu kisah yang dimana masih lagi kuterasa keperitan dan kesedihan kisah ini berlaku kepada salah seorang adik lelaki kepada Fuad yang telah ditembak mati oleh askar Thailand akibat dituduh militan oleh kerajaan,tanpa berlengah lagi Fuad membuka lap topnye dan menunjukkan kepada aku gambar adiknya yang terbunuh bersama lima rakannya yang lain di dalam sebuah rumah,arwah adiknya dibunuh dengan begitu kejam dengan tiga das tembakan di kepala sehingga jelas kelihatan darah yang banyak dan saki baki otak yang berkecai keluar dari tempat asalnya.

ketika itu la aku tidak dapat menahan perasaan ini,terasa sebak di dada dan tanpa ku sedari air mata ku bergelinangan di kelopak mata dan menunggu masa untuk jatuh ke bumi.ketika itu terbayangla bagaimana jika semua terjadi kepada saudara-saudara ku.seterusnya Fuad menceritakan kekejaman askar Thailand yang membunuh penduduk islam apabila disyaki militan,Fuad menceritakan bagaiman dua orang rakannya yang sedang membonceng motosikal ditahan oleh askar Thailand seterusnya menyembelih salah seorang rakannya itu dan apabila terputus kepala dari badan sahabatnya itu askar Thailand mengangkat kepala itu dan mengugut akan melakukan perkara yang sama jika siapa-siapa yang menentang kerajaan.

tetapi apa yang akan aku tidak akan lupakan apabila ketika mana aku dalam perjalanan pulang masih lagi aku terbayang wajah adik kepada Fuad sehingga la aku tertido,dan di dalam tido itu la aku tela berimpi didatangi arwah adik Fuad dengan muka yang tersenyum seolah menisyaratkan sesuatu kepadaku,sampai sekarang aku memikirkan perkara itu dan sering menjadi igauan kepadaku apabila hendak memjamkan mata..adakah kematiannya berakhir dengan senyuman?????

justeru itu inilah antara kejadian-kejadian yang berlaku di wilayah itu,persoalannya sekarang siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini,marilah sama-sama kita merenung adakah kita mengambil berat tentang saudara-saudara kita yang berada kesusahan ketika ini,kalaula apa yang berlaku di sebuah tempat yang hanya berjiran dengan negara kita sudah kita tidak tahu, apakah lojiknya saya memperkatakan amat lah jauh untuk kita mengetahui nasib-nasib saudara kita yang berada di bumi Palastin,Iraq yang buminya merupakan maruah kepada seluruh umat islam dan jugak bumi yang penuh dengan keberkatan

amat malang dan rugila bagi sesiapa yang tidak mengambil kesempatan untuk membantu saudara-saudara kita dengan meyakinkan dalam diri kita apa yang dijanjikan oleh Allah kepada sesiapa yang berjuang dan mati dijalan Allah...renung-renungkan la..

Thursday 30 October 2008




UNTUK RENUNGAN BERSAMA



Sedarla dari lamunanmu wahai pemuda-pemudi sekalian



Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, “adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya – maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?

3-“ Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)


Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4-“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar Rum : 21)

5-“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina’ ”. (Al Mu’min : 60)


Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sbgnya.

Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan , pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll.

Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)

Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6-”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7-“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)


Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.

8-“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)


Supaya Allah Tabaraka wa Ta’ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9-“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10-“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.(Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.

Jadi, kenapa ragu dengan janji Allah...kikir-fikirkan la???


http://isuhangat.blogspot.com

Wednesday 22 October 2008

Tangisan sang buaya

Nilai kasih sayang seorang isteri yang buta




LUAHAN hati yang datang daripada seorang insan yang tertipu dengan perwatakan seorang wanita yang telalu dikasihi . Namun itulah yang dikatakan kehidupan ku sangka panas sampai ke petang akhiryan hujan di tengah hari
Masih ingatkah anda dengan sebuah kisah yang dipaparkan tiga tahun lalu tentang penderitaan seorang suami apabila mengetahui isterinya menduakannya hingga melahirkan seorang anak? ikutila bicara seorang insan yang bernama azlan..

Cerita Azlan, zaman ini wanita tidak boleh lagi tuduh kaum lelaki sahaja jahat buat maksiat, skandal dan berzina.



kepada semua kaum hawa ingatlah sesungguhnya syurga seorang isteri terletak pada suaminya,sering diperkatakan konon suami berlaku tidak adil, zalim dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh suami jauh lebih teruk daripada penderitaan yang dipikul oleh kaum wanita?

''Sebenarnya saya tak tahu bagaimana nak memulakan cerita ini, sebab hati berbelah bagi sama ada ingin dipaparkan untuk panduan pembaca ataupun tidak. Tetapi setelah difikirkan, saya kira kenangan pahit kehidupan saya ini amat baik untuk dijadikan pedoman, khusus kepada kaum lelaki supaya tidak diperbodohkan oleh isteri. Wanita juga insaflah, Allah melihat apa yang anda lakukan.

''Saya tidak menyedari perubahan isteri saya, sebab kami begitu sayang menyayangi, tidak pernah bertengkar apa lagi bergaduh besar. Kalau ada masalah, kami selesaikan seberapa segera, supaya masalah itu tidak menjadi nanah atau pun barah.

''Tetapi nak jadikan cerita, satu hari kami sama-sama menonton drama tv.
Kisah kecurangan seorang isteri terhdap suaminya. Akhirnya si isteri dapat balasan Allah. Sebaik habis ceritanya, hati saya tergerak bertanya kepada isteri saya Hasmidar dengan bergurau apakah dia ada menyimpan rahsia tentang dirinya terhadap saya. Tiba-tiba air mukanya berubah tak tentu hala.

''Melihatkan perubahan keadaannya, saya bertanya lagi, dia menafikan. Saya desak lagi dia jadi lebih tak tentu hala. Melihat perubahannya, saya terus menadah tangan berdoa di hadapannya 'Ya Allah kau laknatilah dia jika dia berlaku curang terhadap aku, aku reda.......Belum habis saya berdoa lagi, tiba-tiba dia menangis menahan saya dari meneruskan doa saya.

''Abang ampun bang, abang terlalu baik kepada saya, saya memang jahat.
Abang ampun dan maafkanlah saya, saya banyak buat dosa pada abang. Abang ampunkanlah saya. Abang ampun! Ampun! Ampunkan saya bang, katanya dalam tangisan.

''Saya kehairanan. Apa dah jadi. Saya tanya Has beberapa kali tetapi dia tidak menjawab selain meminta ampun berkali-kali dan menangis. Sambil memegang bahunya saya tanya lagi, ''Has berhenti menangis, abang nak tanya apa yang dah terjadi? Sampaikan kau minta ampun berkali-kali ini. Apa dah terjadi, apa kau dah lakukan di belakang abang?

''Dalam tangisannya, Has berkata, saya tidak akan mengampunkan dan maafkan dia kalau dia ceritakan apa yang berlaku. Namun dia reda atas apa yang akan saya lakukan. Tetapi katanya dia tetap cintakan saya, sayangkan saya dan anak-anak. Apa yang dilakukan secara tidak sengaja. Penjelasannya membuatkan saya lebih pelik.

''Saya tahu dia memang selalu keluar makan dengan rakan-rakan perempuan dan lelaki di tempat kerjanya, tak pernah saya terfikir dia buat benda yang tak baik. Saya jujur, saya fikir tentu dia juga jujur.

''Tetapi mulutnya terus meminta maaf dan ampun dengan tangisan dan air mata merambu-rambu keluar. Perbuatannya membuatkan mulut saya dengan keras bertanya, kau berzina ke? Hah! Kau berzina? Dalam tangis dia menganggukkan kepala.

''Astaghfirullah! Saya mengucap beberapa kali untuk menenangkan diri. Ya Allah apalah malangnya nasib aku ni ya Allah! Betulke apa yang aku dengar ini Ya Allah! Saya mengucap lagi sambil beristighfar beberapa kali. Lantas keluar bilik dengan mata serta kepala berpusing-pusing. Ya Allah apalah nasib aku yang malang ini!

''Saya bukan jenis lelaki panas baran, jika lelaki lain pasti malam itu kalau tak bengkak dan luka pasti Has sudah kena sepak terjang hinggap ke muka dan ke badannya. Mungkin juga saya ni terlalu baik macam dia katakan. Kerana sepanjang 15 tahun berkawin saya tak pernah cemburukan dia, malah saya percayakan dia 100%. Kerana itulah juga saya tidak pernah bersuara tinggi apa lagi menampar dan memukulnya.

''Hinggakan bila saya mendengar ceritanya malam itu, saya masih boleh mengucap panjang, keluar bilik dan tidak memarahinya sebaliknya saya bersabar. Jadi pembaca boleh fikir betapa sabar dan baiknya saya jika itu boleh saya katakan.

''Saya bukan dayus atau takut bini, tetapi saya terlalu sayangkan anak-anak kami yang tiga orang ini. Saya tidak mahu hidup mereka huru hara kerana masalah ibu bapa mereka. Bahkan saya tidak mahu mak mertua saya seorang ibu tunggal menangis mengenangkan nasibnya, kerana kamilah tempat dia mengharap dan bergantung harapan. Kalau saya tak sabar pasti malam itu perang dunia ketiga meletus.

''Untuk pengetahuan pembaca hidup kami suami isteri selama ini memang bahagia, tiada masalah besar. Dia kerja tak tentu masa, sepeninggalannya sayalah yang jaga rumah dan anak-anak. Kerana saya kerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sayalah yang ambil dan hantar anak ke rumah pengasuh.
Anak-anak mempunyai lebih banyak masa dengan saya berbanding Has, malah saya yang menguruskan makan minumnya, kalau malas masak saya beli nasi bungkus. Itulah cara hidup kami semuanya berjalan lancar dan saya bukan jenis demand makan minum mesti siap atas meja, pakaian mesti digosok, rumah mesti bersih.

''Malah saya lebih banyak menguruskan kebersihan rumah dan pakaian daripada dia kerana kerjanya tak menentu. Kalau keluar bekerja salam jadi kebiasaan, malah siap cium pipi, pendeknya kami memang loving couple. Tetapi sekarang apa dah jadi?

''Malam itu saya tak boleh buat keputusan. Fikiran saya buntu. Apakah saya ini kurang baik punca dia buat maksiat? Makan minum, tempat tinggal saya sediakan apa yang tak cukup? Patutnya dia bersyukur, saya bukan kaki ronda, lepak warung, kelab, dan sebagainya. Bahkan dalam setahun pasti dua tiga kali saya bawa mereka makan angin cuti-cuti Malaysia. Lebih penting saya bukan kaki perempuan.

''Bila saya tanya banyak kali barulah dia cakap. Katanya jarang dapat, seminggu sekali aja. Terus saya tanya, apakah dia sering di rumah waktu malam? Sebaliknya dia lebih suka bekerja. Salah saya ke? Malah dia sering mengalah, kerana tak larat. Salah saya ke? Biasanya dia tidur awal dan saya tak suka kejut dia sedang tidur. Tak syoklah!

'''Malam tu kami tidur lewat, dia masih minta ampun tapi saya kata, minta ampun pada Allah semoga Dia ampunkan. Bagi saya tiada ampun untuknya sejak peristiwa tujuh bulan lalu itu hinggalah kini. Malah ia jadi sejarah hidup dalam hidup saya.

''Dua hari selepas peristiwa itu, saya soal dia lagi dah berapa lama perkara ini berlaku. Katanya, ia bermula sejak setahun lalu. Jahanam punya perempuan, sanggup dia menduakan saya yang jujur ini. Dia mengaku cuma enam kali dia buat kerja terkutuk itu. Lagi berdesing telinga saya mahu saya terajang dia. Tapi saya sabar. Katanya dia dah insaf, sayalah suami terbaik untuknya. Saya kata dah terlambat. Saya jaga anak-anak kat rumah dia kata pergi kerja, tetapi dia pergi hotel. Celaka punya perempuan. Kami bertengkar sakan malam tu. Tiba-tiba dia lari ke dapur ambil pisau nak bunuh diri. Saya sempat selamatkan dia.

''Memang dia dah gila, patutnya saya yang mengamuk, ini dia yang naik hantu, dah terbalik. Katanya dia insaf dan mahu saya ampunkan dia dunia akhirat. Seminggu lepas tu, hati saya tak sedap, saya soal lagi adakah jantan itu pernah datang rumah?

''Dia kata ada, tapi tak masuk. Cuma hantar buah-buahan. Sakitnya telinga, saya terus bagi penampar. Itulah pertama kali saya tampar dia. Saya marah sebab dulu dia kata adik angkatnya yang bagi buah-buahan tersebut, bagi saya makan. Kami bertengkar lagi. Kali ini dia ambil pisau cuba potong urat nadi di tangannya. Dan kunci dirinya dalam bilik. Saya nasihatkan dia ingatkan Allah, dan jangan tambah dosa.

''Sejak peristiwa itu saya tak soal dia lagi takut dia mati, saya pula masuk lokap. Kini setelah kesnya terbongkar saya suruh dia sembahyang dan berdoa semoga Allah ampunkan dia. Saya boleh terima dia jika dia berjanji tak ulangi lagi perbuatan terkutuk itu. Namun hati saya yang punya, saya tidak dapat lagi memberikan kasih sayang kepadanya sama seperti dulu.

''Dulu tiap-tiap hari cium pipi, tangan, sekarang saya kata padanya jangan buat lagi, jangan berpura-pura. Saya katakan padanya bahawa saya takkan ampunkan dosanya. Namun kami hidup bersama hingga kini semuanya kerana anak-anak dan saya tak mahu dia ugut bunuh diri.

''Namun dia izinkan saya kahwin lagi, dia reda, asalkan saya tidak ceraikan dia dan jaganya seperti dahulu. Tetapi saya bukan jenis orang suka mengira kepala bini. Cinta dan kasih sayang bukan boleh disorong dan ditarik bila-bila suka. Ia datang dari lubuk hati yang sukar ditafsirkan nilainya.

''Bagaimanapun saya tak boleh cakap habis, mungkin satu hari nanti Allah mengubah hati saya, lagi pun umur saya belum 40 tahun, dia enam tahun muda daripada saya, mungkin bila keadaan kembali tenang kami boleh membentuk jalan sendiri. Mungkin itu cara yang terbaik. Tapi sekarang dia tak mahu diceraikan.

''Kata Has kalau saya kahwin lagi dia sanggup pinangkan sebagai menebus dosa nya. Dia sanggup buat apa sahaja demi cintanya pada saya. Tetapi saya katakan kalau betul cinta dan sayangkan saya kenapa cari jantan lain?
Menurut Has dia pun tak sangka, segala-galanya berlaku secara tak sengaja, baru jumpa dan berkenalan beberap minggu dia sudah boleh lupakan cintanya pada saya dan sanggup berbohong kata overtime sedangkan hakikatnya dia pergi ikut jantan tu tidur di hotel. Ini yang membuatkan saya tak dapat maafkan Has, kerana begitu mudah dia melupakan janji dan ikrar cintanya kepada saya sebelum kami berkahwin dan setiap tahun menyambut ulang tahun perkahwinan.

''Kerana terlalu marah dan ikutkan rasa hati saya, andai ditakdirkan dia mati dulu, saya tak akan bacakan yassin dan buat tahlil untuknya.. Begitulah marah dan geramnya saya atas perbuatannya menduakan saya.

''Lagi pun jika kami bercerai saya kasihankan anak-anak juga mertua saya yang telah tua. Tetapi sayangnya anaknya tidak pernah fikir dan kaji dari perbuatan keji dan buruk yang telah dilakukannya. ''

Demikianlah cerita Azlan panjang lebar tentang masalah dan peristiwa hitam yang menyelibungi hidupnya. Katanya dia tidak ada tempat nak mengadu untuk melegakan sesak di dada dan dia mahu bercerita kepada orang yang tidak dikenali supaya kesannya tidak menyiksa hidupnya nanti.

Memang tepat seperti kata Azlan. Zaman ini terlalu banyak godaan, akibat percampuran yang luas tanpa mengguna fikiran. Memang ada kalangan wanita yang cepat lupa diri. Cepat terpengaruh dengan pujuk rayu, akhirnya merosakkan diri dan masa depan anak-anaknya. Ingatlah bukan semua lelaki seperti Azlan mahu mengutip isteri yang pernah mencontengkan arang ke mukanya. Insaflah. Bekerjalah dan carilah rezeki yang halal semoga terselamat dari sumpahan suami di dunia dan akhirat.

Sumber: DCKK Utusan Malaysia

bukan kalam buaya...

1. hai boleh sayer kenalsayer tertarik dengan perwatakan sopanawk, da lamer sayer perhati awk,awkbudak baik n tertarik ngan tudunglabuh awk……sayer harap kiter bolehberkenalan….ukhwah fillah eh orangkater… sayer x pandai sangat arab…

2.terima kasih menerima sayer, sayerakan try sedaya mungkin menjaga awakdan mengikut syariat,sayer tau sayerbukan baik, tp sayer sentiasa cuberterbaik untuk awak…

3.ingat tau,keluar jaga aurat, janganbagi orang nampak…kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,,sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risauawak kuar lelamer… ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tpsayer x tau nak kater mcmmaner,kiter xbertemu selalu, just nampak dari jauhjerkan…, tp sayer rase awk mcmberada depn sayer…mungkin nie yangorang kater cinta kot, wak, wak cintasayer? x nak bagitau,,, tp sayer tauawak cinta sayer… awk da malu nakjalan tempat sayer lepak ebabmalukan… hehehr…tq…sayer cintaawk…

5. wak, selain family, wak sayangsiaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggilsayer awk jer, mcm sayer x istimewauntuk awk jer;)sayer teringin gak nakjadi mcm kawn sebilik sayer nie,panggil sayang… bolelah, bukan salahpun, just panggilan jer…tq sayang…

7.yang, kekadang sayer tengok ayg niemcm x percayer sayer je,,, yela, sayerjust tanyer awk pakai ape jerkan ;(hehehe… yer tq bgtau, makin sayangsayer kat awk…

8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lahsegalanyer untuk sayer, sayang lapemberi semangat untuk sayer… yang,sayer harap ayang n sayer x der rahsialg…jgn risau, ini kan membuktikansayer take care ayang kan… so,jangan risau k, yer… sayer akan jagaahsia kiter… just msg je kan…

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh xkitr jumper? yer… ayang bawa lahkekawan k,,, tq yang…
10.tq panggil sayer ngan panggilanabg,,, abg tunggu da lamer da,,, abgtau, kiter x leh pakser dalamperhubungan…

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit,naper ayang bawa satu batalion nakjumper abg?? ayang x percayer abgeh….

12.ayang kiter jumper k,,, abg sukaayang pakai tudung yang sayer beli 2,yang mcm wardina
2,bukan ayag x cantik, judt makincantik,,,,nipis sikit jer..kiterjumper nanti ayang bawa la sorang jerk…

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aperyang jadi… abg td tersentuh jariayg,tq yang, tol ckp ayang, tersentuh xper…makin la tebal cinta abg katayang..ayang suker jumper abg?tqyang, td cian tengok kawn ayang duk jediam,…yer… nanti abg bawa kawn abg, lehdier borak kan…yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier,,,ayang td cantik…

14.tq jumper td,ayang cantik…abg romantik pun salah ker?suker abg romantik eh, td jumper daberani tenung abg…. tq….tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekatjer… senang la kiter jumper…tengk, ALLAh membrkati kiter…ayang da solat? doakan abg sekali k…

15.yang,just nak tanyer… ayangcintakan abg berape peratus?aper tandanyer?50% je…yang, nak tanyer, rambut ayang pnjngx, just terpikir,,,,

16.td terbeli tudung pendek, ,,, yangbg kat ayang tu…yang, bg lah gmbr ayng special untukabg pakai tudung 2…cantiknyer ayng…gmbr nie abg watwallpaper hp…

17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove usayang….

18.yang, da lamer kiter couple, x kanabg pegang tangan nak mara, ayang kanmilik abg…tq paham abg…

19.kater ayang cintakan abg sepenuhhati… kalu ayng cintakan abg aperbuktinyer yang,,,,

SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIATSEBENAR…..PEGANG TANGAN->TERABE->TERSEDAP->TERLANJUR->TERBUNTING->TERBUANG ANK->TERKELUAR VCD LUCAH->TERMALU->TERTEKAN->TERSEKSA->TERBUANG->->->->- >->JIKA INI BERTERUSAN, MUNGKIN TERBUNUHDIRI….SEMUANYA TER….TER KE?????JWB SENDIRIAN BERHAD, SEMUANYA BERMULADARI SMS BERBUNYI, hai, bole saye knl..