Sunday, 23 November 2008

Berakhirnya dengan senyuman

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia



Assalamualaikum salam aku berikan bagi memulakan bicara yang tidak seberapa ini,bukan untuk menunjukkan kehebatan ku mengarang tetapi adalah sekadar untuk menunjukkan bahawa teramat burukla karangan aku ini..he.he.he.terlalu sukar untuk ku menghasilkan sebuah cerita,puas ku duduk kemudian bangun dan duduk kembali akhirnya ini la yang terjadi..

Aku ingin memaparkan satu kisah yang dimana menjadikan aku berfikir sendirian mengenangkan nasib yang berlaku kepada kita sebagai umat islam pada hari ini,adakah kita tersedar ataupun tidak di manakah posisi kita selaku umat islam pada hari ini..jawapannya terletak pada kalian tepuk dada tanye lah selera masing-masing.

kisah ini berlaku ketika mana aku berkunjung ke rumah seorang sahabat yang berasal dari negara jiran yang bersempadan dengan Kelantan dan Perlis iaitu Thailand.sebut sahaja Thailand terbayangla di benak kita bahawa negara tersebut di diami oleh manusai yang berbangsa siam,tapi perkataan itu haram sama sekali di sebut oleh warganegara Thailand yang tinggal di selatan negara itu yang dikenali dengan nama Yala,Narathiwat dan seangkatan degannya..

ini adalah kerana mereka tidak diperlakukan sepertimana seorang warganegara adalah kerana mereka berlainan agama dengan pemerintah,mereka dizalimi,ditindas,disembelih,ditembak tanpa mengira usia,jantina dan keturunan.mereka diperlakukan seperti binatang malas lebih teruk daripada itu.

terdetik hatiku untuk menyanyakan keadaan umat islam di wilayah itu kepada salah seorang yang ku kenali sebagai Fuad,dari raut wajahnya kelihatan seolah-olah terpancar satu kesedihan dan dendam terpancar di wajahnya,seterusnya dia menceritakan satu kisah yang dimana masih lagi kuterasa keperitan dan kesedihan kisah ini berlaku kepada salah seorang adik lelaki kepada Fuad yang telah ditembak mati oleh askar Thailand akibat dituduh militan oleh kerajaan,tanpa berlengah lagi Fuad membuka lap topnye dan menunjukkan kepada aku gambar adiknya yang terbunuh bersama lima rakannya yang lain di dalam sebuah rumah,arwah adiknya dibunuh dengan begitu kejam dengan tiga das tembakan di kepala sehingga jelas kelihatan darah yang banyak dan saki baki otak yang berkecai keluar dari tempat asalnya.

ketika itu la aku tidak dapat menahan perasaan ini,terasa sebak di dada dan tanpa ku sedari air mata ku bergelinangan di kelopak mata dan menunggu masa untuk jatuh ke bumi.ketika itu terbayangla bagaimana jika semua terjadi kepada saudara-saudara ku.seterusnya Fuad menceritakan kekejaman askar Thailand yang membunuh penduduk islam apabila disyaki militan,Fuad menceritakan bagaiman dua orang rakannya yang sedang membonceng motosikal ditahan oleh askar Thailand seterusnya menyembelih salah seorang rakannya itu dan apabila terputus kepala dari badan sahabatnya itu askar Thailand mengangkat kepala itu dan mengugut akan melakukan perkara yang sama jika siapa-siapa yang menentang kerajaan.

tetapi apa yang akan aku tidak akan lupakan apabila ketika mana aku dalam perjalanan pulang masih lagi aku terbayang wajah adik kepada Fuad sehingga la aku tertido,dan di dalam tido itu la aku tela berimpi didatangi arwah adik Fuad dengan muka yang tersenyum seolah menisyaratkan sesuatu kepadaku,sampai sekarang aku memikirkan perkara itu dan sering menjadi igauan kepadaku apabila hendak memjamkan mata..adakah kematiannya berakhir dengan senyuman?????

justeru itu inilah antara kejadian-kejadian yang berlaku di wilayah itu,persoalannya sekarang siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini,marilah sama-sama kita merenung adakah kita mengambil berat tentang saudara-saudara kita yang berada kesusahan ketika ini,kalaula apa yang berlaku di sebuah tempat yang hanya berjiran dengan negara kita sudah kita tidak tahu, apakah lojiknya saya memperkatakan amat lah jauh untuk kita mengetahui nasib-nasib saudara kita yang berada di bumi Palastin,Iraq yang buminya merupakan maruah kepada seluruh umat islam dan jugak bumi yang penuh dengan keberkatan

amat malang dan rugila bagi sesiapa yang tidak mengambil kesempatan untuk membantu saudara-saudara kita dengan meyakinkan dalam diri kita apa yang dijanjikan oleh Allah kepada sesiapa yang berjuang dan mati dijalan Allah...renung-renungkan la..

No comments: